FAKTA DAN PENYELESAIAN : KEGEMUKKAN DAN TERLALU KURUS
Thursday, October 09, 2014
Dalam masyarakat moden yang berteknologi tinggi ini, kadar kehidupan yang pesat menyebabkan wujudnya ketegangan dan tekanan mental. Masyarakat kini sibuk bekerja sehingga menyebabkan kurangnya aktiviti bersukan, diikuti dengan amalan pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat, postur tidur yang tidak betul serta pengaruh alam semula jadi (graviti). Bagi kaum wanita terutamanya yang telah bersalin, kekurangan penjagaan dan pemeliharaan badan selepas bersalin dan pemakaian pakaian dalam yang tidak sesuai aka menyebabkan perubahan dalam bentuk badan, mempengaruhi sistem peredaran darah, menurunkan kadar metabolisme dan seterusnya menimbulkan kesakitan yang tidak diketahui puncanya.
Tiada insan yang dilahirkan dengan bentuk yang sempurna, hampir setiap orang mempunyai masalah mereka masing-masing. Bantuan luaran untuk menyelaraskan bentuk badan diperlukan oleh mereka sama ada yang memiliki bentuk badan yang terlalu gempal atau terlalu kurus. Tambahan pula, ukuran badan dipengaruhi oleh penuaan otot-otot serta graviti dan menyebabkan wujudnya gejala seperti kulit yang semakin tidak anjal dan kendur berikutan peningkatan umur seseorang. Perubahan-perubahan yang paling ketara ialah payudara dan pinggul yang kendur serta otot bahagian pinggang dan perut yang longgar. Di antaranya, payudara yang kendur merupakan masalah yang paling serius (secara puratanya, payudara akan kendur sebanyak 20 darjah setiap sepuluh tahun). Fabrik pakaian dalam pembentukan badan yang fleksibel dapat menghilangkan sebahagian lemak melalui gerakan badan. Seterusnya lemak akan ditekan dan ditolak ke bahagian dada dand pinggul dengan menggunakan teori gerakan lemak untuk membentuk kontur badan yang menarik. Bagi mereka yang kurus, lemak di bahagian ketiak, belakang dan perut akan ditumpukan ke bahagian dada, seterusnya lemak di bahagian dalam dan luar paha pula akan dinaikkan ke pinggul untuk menghasilkan bentuk badan yang menarik. Selain itu bagi remaja yang sedang mengalami proses tumbesaran, pemilihan pakaian dalam yang sesuai bukan sahaja dapat memberi panduan yang tepat tentang perkembangan tubuh badan, malah mampu membentuk kontur payudara yang mempersona di samping melindungi pertumbuhan rangka yang normal untuk mengelakkannya daripada menjadi bengkok.
Keterangan lanjut email : noranne.othman@gmail.com
0 comments