Percutian Musim Luruh (Autumn) ke Tokyo, Jepun - Hari Pertama (21 November 2018)
Monday, December 10, 2018
Untuk percutian ke Tokyo, Jepun ini saya pergi bersama dengan travel partner tetap saya iaitu adik saya. Tapi kali ini ada seorang kawan nak ikut. Kami bertiga dah sepakat nak bercuti ke Tokyo dalam musim luruh (autumn) tahun 2018. Perancangan kami buat agak lama bermula dari tarikh beli tiket flight, tempahan tempat tinggal, pembelian baju (musim autumn kan sejuk kena beli baju sesuai) dan penyediaan itinerary.
Tiket flight dah booking awal dalam bulan September 2017. Beli time promo. Booking je dekat web site rasmi Air Asia. Tempat penginapan pula booking di booking.com. Kami pilih untuk tinggal di area Roppongi, Minato-ku. Baju kebanyakkannya terutamanya coat untuk musim autumn beli di Lazada. Itinerary pula minta dari kawan adik saya yang pernah ke Jepun sebelum ni buat panduan kemudian diubahsuai sikit mengikut kesesuaian masa dan dengan researh yang kami buat.
Trip kami bermula dari 21 November 2018 iaitu hari tarikh flight kami. Flight kami pukul 2.40 pm. Pukul 10.00 am saya dan adik saya bertolak dari rumah. Drive sendiri. Sampai KLIA2 dekat pukul 11.00 am terus je parking. Memang selalu kami berdua akan bawa kereta sendiri dan parking je di KLIA2. Sebab malas nak fikir transport untuk pergi dan balik KLIA2.
Sampai KLIA2, pergi dulu ke counter Wiyo untuk collect pocket WiFi yang kami sewa untuk kegunaan sepanjang berada di Tokyo nanti. Rasanya pentingla ada WiFi sendiri. Sebab bila-bila masa je kita akan perlukan internet. Mungkin kita sesat ke. Bolehla Google je anytime. Dan juga boleh berhubung dengan ahli keluarga bila-bila masa je masa kita di oversea. Total charge untuk pocket WiFi Wiyo RM78.00 untuk kegunaan 6 hari dan RM200.00 diperlukan sebagai deposit yang akan dipulangkan dalam 14 hari bekerja. Lepas tu terus ke departure hall untuk jumpa kawan yang menyertai trip kami ini.
Bila semua dah berkumpul, kami terus ke terminal self service Air Asia untuk print baggage tag. Selepas dapat baggage tag dan lekatkan di beg luggage bolehlah teruskan untuk check in baggage. Juga kena buat sendiri. Lepas tu kami terus ke immigration gate.
Dekat departure hall - KLIA2
Muka-muka excited nak ke Tokyo
Sempat lagi meng-Goggle info pasal Tokyo
Ini flight yang akan bawa kami ke Tokyo ada deco anime pada flight body. Kawaii sangat...
Dah pun masuk flight
Menu yang kami order semasa booking tiket flight
Penerbangan yang mengambil masa hampir 7 jam berjalan lancar dan Alhamdulillah kami selamat tiba di Haneda International Airport, Tokyo. Pukul 10.40 pm waktu Tokyo. Lepas immigration check terus pergi collect baggage. Tapi immigration officer dia garang la.
Tokyo International Airport, Haneda. Siap-siap dengan baju 3 lapis. Tadi pilot ada buat annoucement suhu Tokyo sekitar 13 degree celcius dan hujan pula tu.
Di Tokyo kami tinggal di area Roppongi yang mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai.
Dan Engineer tu siap belanja kami onigiri sorang satu. Rasanya teramatla sedap. Ini macam first impression je terhadap original Japanese food.
Sampai bilik dah pukul 12.00 am. Terus je mandi, siap-siap masuk tidur, rehatkan diri untuk memulakan percutian kami di Tokyo esok......
0 comments